Salam Tahun Baru 2010
Posted on December 17, 2009
Filed Under Umum | Leave a Comment
Salam kedamaian,
Tahun 2009 semakin meninggalkan kita dan tak berapa lama lagi kita bakal tiba di tahun 2010. Hmmmm …. pantas masa berlalu.
Kebetulan minggu ini kita umat Islam bakal menyambut “Tahun Baru” juga -> MUHARRAM dan sedang cantik untuk kita membuat resolusi 2010 , azam tahun baru sempena kedatangan bulan Muharram ini.
Kitar bulan Hijriah sebenarnya lebih tepat berbanding bulan Masihi dan kalau nak dikira sebenarnya kita lebih tua kalau berpandukan umur bulan Hijriah berbanding umur bulan masihi.
Kitar bulan 30 hari dalam kalender Hijriah mematuhi hukum sains di mana bulan mengelilingi bumi dalam 30 hari …… semuanya membuktikan kebesaran Allah s.w.t yang Maha Besar.
Frozen In Time
Posted on November 4, 2009
Filed Under Umum | Leave a Comment
Assalamualaikum,
Lama sungguh aku tak update blog sendiri ni ….. Hari ni baru ada kesempatan untuk melayari internet.
2009 semakin meninggalkan kita … usia kita juga semakin meningkat hari demi hari berlalu. Mari kita renungkan sejenak apakah kebaikkan dan kejayaan yang telah kita lalui sepanjang tahun ini. Adakah ia nilai-nilai positif ? Atau pun negatif ….
Kejadian kita sebagai insan sebenarnya cukup hebat dan kerana itu Allah s.w.t melantik kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Unsur-unsur negatif dan positif saling berharmoni dalam tubuh kita …. setiap dari kita pasti mempunyai perwatakan yang berbeza-beza tetapi kita dapat saling berkomunikasi dan berinteraksi….
Ok lah, nanti aku sambung balik la….
Rejab 1430 (Julai 2009) : Isra’ Mikraj dan Gerhana
Posted on July 22, 2009
Filed Under Umum | Leave a Comment
Assalamualaikum,
Rejab 1430 - peristiwa Isra’ Mikraj

Rejab adalah BULAN ALLAH yang penuh dengan kerahmatan dan misteri. Keagungan ALLAH terbukti dengan peristiwa Isra’ Mikraj dan kejadian 2 gerhana yang berlaku dalam bulan yang sama iaitu bulan Rejab 1430 (Julai 2009)
Julai 2009 - Gerhana Bulan & Matahari

Firman Allah yang bermaksud:
“Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman:29)
Subhanallah …… begitu hebat aturan yang telah ditentukan oleh Allah yang Maha Besar, Maha Pencipta dan Maha Agung.
keep looking »

Email : fadzlinordin@hotmail.com